Delima digelar
‘superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid
ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ
paru-paru dan jantung atau system kardiovaskular. Buahnya bulat hampir sebesar
limau. Berkulit keras, merah kecoklatan atau agak ungu.Isi buahnya terdiri dari
butiran-butiran merah seperti kristal. Rasanya manis-manis segar.
RAHSIA PENCIPTAAN BUAH DELIMA
Di dalam Al-Quran disebut tiga tempat tentang buah
“delima”.
Pertama Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:”Dan
Dia yang menurunkan air(hujan) dari langit kemudian kami mengeluarkan dari
air(hujan) itu segala macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan sebahagian
daripadanya dedaunan yang hijau(sayur mayur) dan Kami keluarkan pada sebahagian
daripadanya biji-bijian yang bersusun dan Kami jadikan pula daripadanya pokok
kurma yang mayangnya ada segerombolan buah kurma yang dekat untuk ambil, dan
daripadanya pula Kami keluarkan kebun-kebun anggur, zaitun dan delima yang
sebahagiannya mempunyai kemiripan daunnya, tetapi rasa buah yang satu berbeza
dengan yang lain. Lihatlah buah-buahnya ketika sedang berbuah dan ketika telah
ranum.Sesungguhnya di dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Kami bagi orang-orang
beriman.”(Al-An’am:99)
Kedua Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:”Dan
Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak
bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun dan
pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah
berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian
melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui
batas.”(Al-An’am:141)
Dan ketiga Allah S.W.T.
berfirman:” Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras
terus-menerus. Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan
kalian dustakan?Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan
pokok delima.”( Al-Rahman:66-68)
Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung
tentang penciptaan buah delima sbagai tanda kehebatan Allah S.W.T. dimana ia
terbentuk seperti katung-katung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya
besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang
tersusun rapi biji buah delima seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan
kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit
yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.Hikmah penciptaan buah delima
dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan yang tersendiri.
Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari
makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan
itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa
yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk
memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit kerras
tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama.
Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian
yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
ASAL BUAH DELIMA
Delima berasal
dari Negara Iran dikenali sebagai Punica Granatumdalam istilah botani, juga
boleh didapati di India, Afghanistan dan Syria. Di zaman Nabi Musa a.s. lagi,
buah delima yang bermutu di tanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi
simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.Bagi agama
Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang
kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain
daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi simbol
kesuburan, rezeki yzng melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang
diberkati. Dalam agama Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang
terdapat didalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh
dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM BUAH DELIMA
Dari sudut
pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur
nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus.
Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di
dalamnya.Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna
dari kelas buah-buahan.
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima
bersifat panas dan amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru
kerana ia dapat melegakan batuk. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada
Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud:
“Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut
untuk penghadaman”
.
Jus buah delima dapat memberikan zat kepada
badan serta menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana
ianya bersifat ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam
perut. Ianya juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia,
tekanan darah tinggi dan atritis.Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan
membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itu ia dapat menghilangkan
keletihan.Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang
boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut
manusia.
Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan
tidak seperti bijinya yang manis, manfaat dari rasa pahit tersebut dapat
menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.Kulitnya yang tebal pula
betanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang
baik.
KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA
§ Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
§ Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
§ Menyingkirkan lemak berlebihan
§ Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
§ Mencegah rasa mual
§ Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan
kitaran haid
§ Mencantikkan kulit muka
§ Membantu memulihkan pesakit kencing manis
§ Berupaya menghapuskan kahak
§ Memberi tenaga dan mencegah keletihan
§ Mencegah angin ahmar bagi warga emas
§ Meningkatkan peredaran darah
§ Mencegah dan merawat kanser
§ Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
§ Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
§ Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
§ Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
§ Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan
menyusu
§ Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
§ Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang
cantik
§ Membantu mengurangkan batuk dan lelah
§ Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
§ Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan
kanak-kanak dan pelajar
§ Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
§ Membantu mencuci buah pinggang dan saluran
kencing
§ Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous