Ahad, 8 Julai 2012

RAHSIA Alam- buah delima


Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya untuk kesihatan. Buah delima mengandungai antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa buah delima adalah2 atau 3 kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi.

Fungsi antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

Buah delima dapat melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. BUah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakn pesakit koroneri (PJK) yang mengambil jus delima setiap hari selama 3 bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1%. Aliran darah menurun sebesar 18%.

Buah delima dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, Antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL ( kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL(kolesterol baik).

Buah delima dapat mencegah dan mengubati kanser. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati pelbagai jenis kanser. Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiakkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.

Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel luekemia kembali menjadi normal. Buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sesebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setaip hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

Buah delima mungkin mencegah dan memperlambatkan penyakit alzheimer. Dalam sesebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit alzheimer diberikan jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas2 mental yang baik.

Sumber nutrisi sebiji buah delima memiliki sekitar 40% vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi folat, serat,kalium, niasin, dan vitamin A dan E.

TEMPAH SEKARANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan